Showing posts with label REVIEW PRODUK. Show all posts
Showing posts with label REVIEW PRODUK. Show all posts

SCRUB ORGANIK SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI HATI PENGGUNA

Assalammualaikum semua...
Alhamdulillah saya dengan penuh semangat jitu nak juga selitkan diri untuk menulis lagi..Bukan apa kita nak berjaya kenalah ada usaha lebih...Jangan dok meratap susah susah susah tapi takde wat pape pun untuk keluar dari kesusahan yang disebut-sebut tadi. Saya tidak tujukan kepada sesiapa taw...ini adalah peringatan untuk diri saya supaya terus bersemangat untuk meneruskan apa yang telah saya mulakan.

Seperti yang dijanjikan sebelum ni saya nak review sikit pasal seorang kakak dari KL yang order 3 jenis scrub saya untuk buat jenama dia sendiri. Puas saya fikir apakah tajuk yang paling sesuai untuk diletakkan untuk entri kali ni last last saya memilih SCRUB ORGANIK SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI HATI PENGGUNA  sebagai tajuknya. Amacam ok tak? Dapat search tak? hehehe

Semalam saya buat 4jenis scrub dari pagi sampai malam. Tapi kakak ni order scrub muka  dan badan je. Betul-betul seronok saya menguasai arena dapur untuk melaksanakan order kakak ni hahaha...Pukul satu pagi baru saya siap semuanya. Kalau cerita pasal letih memang sangat sangat letih tapi saya tetap berpuashati sebab saya dapat menyiapkan dengan sempurna demi kepuasan pelanggan saya. 

SCRUB ORGANIK SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI HATI PENGGUNA
~ Scrub siap untuk dihantar ~

Mula-mula sekali sebagai pembuka operasi saya proses scrub koko terlebih dahulu. Selepas 2jam selesai sambung pula dengan scrub oat dan kopi...Pukul 2 selesai siap bungkus untuk kakak tu terus pos. Alhamdulillah saya berjaya pos hari yang sama selepas kakak tu buat bayaran pagi tu. Saya sangat-sangat mementingkan servis dan kualiti dalam urusniaga saya...Bagi saya ini adalah salah satu cara yang boleh diguna pakai oleh saya untuk bersaing dengan peniaga-peniaga seperti saya...Apa orang kata tu...Bersaing dengan cara sihat ye tak...

Selesai maghrib saya sambung balik buat Lipscrub yang saya dah cerita pada entri sebelum ni..Tak baca lagi??? Meh tengok kat SINI . Jangan tanya saya kenapa scrub bibir lebih mahal daripada scrub muka dan badan. Ini kerana scrub bibir lebih susah(renyah) nak buat dan bahannya lebih mahal...so kenalah kira sekali kos nya kan...hehehehe

SCRUB ORGANIK SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI HATI PENGGUNA   SCRUB ORGANIK SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI HATI PENGGUNA
~ ni salah satu scrub yang kakak tu ambil...in progress scrub oat & koko ~

Ramai orang tanya saya mahsyuk sangat ke jual scrub organik ni? Sebab saya dah buat kerja ni setahun lebih dah, tak henti-henti cerita pasal scrub. Kat group cerita scrub organik...kat facebook cerita scrub organik...kat IG pon cerita scrub organik...Kat blog HOMEMADE BEAUTY MALAYSIA apatah lagi asyik membebel je...Itu belum kat twiter segala bagai tu lagi..." kenapa eh kau masih lagi dengan scrub organik kau? Kau tak jemu ke? ke...kau untung gila dengan scrub organik ni?"


Hurmmm...apa jenis soalan la dia bagi kat saya pun saya tak tahu...nak kata dia cuba nak kritik tak mungkin sebab takkan la dia nak buat macamtu kat saya kan...Itulah yang ramai orang belum tahu kenapa saya masih disini dengan scrub organik saya tanpa rasa jemu. Income mahsyukk??? Saya sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah kirimkan buat saya. Kalau ada order saya penuhi kalau tiada order saya anggap belum masanya untuk saya terima rezeki dari Allah. Saya hanya perlu berusaha sahaja...Yang Maha Pemberi Rezeki adalah Allah. 

SCRUB ORGANIK SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI HATI PENGGUNA
~ Sempat ambil gambar sebelum tutup kotak...hehehe(selit sikit gambar nanti boring pula baca) ~

Itulah prinsip yang saya pegang hingga sekarang dan saya sentiasa berdoa agar selama-lamanya saya akan pegang prinsip itu. Saya berniaga bukan untuk kaya raya tetapi saya ingin membantu mereka yang memerlukan perkhidmatan saya. Kena faham ya konteks membantu versi saya...jangan ada yang cakap kalau nak bantu kenapa bagi harga yang lebih kurang je dengan orang lain yang jual scrub organik ni... Kena faham ya...Kalau saya menjual dengan harga sesuka hati dengan rate harga yang jauh lebih murah daripada peniaga lain saya akan menjadi seorang peniaga yang zalim sebab membolot semua rezeki yang mungkin mereka lebih perlukan. Saya bukan seperti itu

Lebih kurang 4 tahun lepas kami berpindah dari selangor ke johor kerana tuntutan kerja suami saya. Nak tak nak saya terpaksa berhenti kerja dan ikut pindah. Mungkin ada hikmahnya saya ditakdirkan berpindah ke sini. Masa mula mula pindah ada juga saya usaha nak cari kerja sebab dah biasa bekerja pegang duit tetiba takde kerja...sedih juga saya. Tapi saya tak berjaya dapatkan pengasuh yang berkualiti macam pengasuh anak-anak saya sebelum ni. Saya takut nak tinggalkan anak-anak saya dengan orang. Dan mungkin inilah hikmahnya yang Allah nak bagi pada saya. Dia nak saya sendiri yang mengasuh anak-anak saya...bukan orang lain..Maka...berputih mata lah saya untuk makan gaji mulai saat itu...huhuhuhu

Kalau korang nak tahu saya ni memang buta IT...sebelum ni nak buka FB pun terketaq-ketaq...Memang zero...Blog?? Apatah lagi...setahun saya buat research pasal macammana nak create blog...sebab masa mula-mula cuba create blog guna telefon bila preview jadi lain dari yang dibuat. Banyak kali cuba tak berjaya...Tanya orang semua cakap tak tahu...Tak tau macamana nak ajar saya hehehe(buta IT la katakan)...Lepastu saya cuba menjahit kerongsang bunga,kerongsang felt. Tapi tak menjadi sebab tiada sambutan...susah nak jual,mungkin tiada rezeki saya dalam bidang itu...Selepas tu saya cuba buat berniaga acar buah hantar kat kedai-kedai sekitar kawasan tempat saya tinggal...Pada mulanya ok tapi pusingan yang ke-2 saya tengok tempat saya letak acar buah saya tu tak jaga barang saya dengan betul. Tumpah-tumpah...berhabuk...sedih sangat...Korang taw kan modal buat acar buah ni besar juga...tapi takpelah bukan rezeki saya

Selepas saya gagal kali ke-2 saya join dropship produk kecantikan pula...haaa...yang ini saya buat sampai sekarang. Walaupun saya sibuk dengan scrub tapi masih ada yang mencari saya kalau diorang nak beli produk kecantiakan. Kalau korang nak tahu...daripada buat dropship inilah saya menjadi diri saya sekarang. Saya tak keluar satu sen pun modal untuk mula berniaga...

Tapi itu dulu...bukan sekarang...sekarang dah ramai sangat dropshipper sampai dah takde pelanggan yang nak membeli...Penjual lebih ramai daripada pembeli hahaha...Saya rasa memang patutpun pemborong atau pembekal atau owner produk ni letak yuran tinggi tinggi kat sesiapa yang nak jadi dropshipper supaya yang join tu adalah orang yang betul-betul minat berniaga nak cari rezeki. Ini tak...yang nak beli untuk diri sendiri sebulan sekali pun layak jadi dropshipper...Abis tu siapa yang nak beli dari kamiiiii!!!!! Huhuhuhu...pstttt korang kalau nak beli produk kecantikan dengan saya boleh tengok kat SINI

Tiada sesiapa dalam dunia perniagaan ni nak berniaga tapi tak nak untung. Semua orang berniaga sebab nak cari rezeki(daripada keuntungan). 99% sumber rezeki adalah dari perniagaan...Perniagaan adalah sunnah Rasullullah(s.a.w). Jika kita ada peluang dan ruang janganlah sia-siakan peluang untuk berniaga kerana berniaga adalah sunnah.   Tanda kita cintakan Rasullullah salah satunya adalah mengikut apa yang di ajar. Haaa kannn...dapat tak?Berniaga mampu membawa sesiapa sahaja keluar daripada masalah kewangan jika dilakukan dengan betul. Niat kena betul.

SCRUB ORGANIK SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI HATI PENGGUNA
~ Alhamdulillah...masa saya sedang menaip entri ni kakak tu bagitahu barang yang saya kirim sudah sampai...~

Jangan cakap tajuk SCRUB ORGANIK SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI HATI PENGGUNA ni tiada kaitan dengan apa yang saya bebelkan ni sebab saya cuma nak bagitahu korang baru sekarang(lebih kurang 6bulan yang lepas la) saya dijejaki sedikit setelah sekian lama saya berjuang untuk mendapatkan tempat dihati pengguna produk organik. Bukan saya cakap saya dah cukup berjaya saat ini tetapi saya cuma nak bagitahu sudah ada orang yang nampak saya...Kalau saya dah berjaya kaya raya mana ada masa nak membebel kat sini dik oiiii...Kalau dah berjaya sejaya jaya nya mesti sibuk sana sini...takde masa nak menaip sepatah sepatah kat blog ni...Sebab belum cukup berjayalah saya masih berada disini untuk kenalkan diri kepada orang...Tolong jangan salah anggap dengan kenyataan saya...fahamkan betul-betul ya...Tak faham boleh tanya...saya tak garang...hehehe

Jadi kesimpulan yang dapat saya rumuskan dalam tajuk SCRUB ORGANIK SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI HATI PENGGUNA  ni adalah dalam berniaga kita harus istiqomah...bukan senang nak senang,orang yang berjaya sekarang mungkin pernah gagal 10 kali sebelum ini yang kita tidak tahu sebab kita tak pernah nak ambil tahu...yang kita ambil tahu adalah kisah kejayaannya..Bersabar dengan apa jua cabaran dan rintangan. Ingat!!! Allah sentiasa ada bersama-sama kita selagi kita bersama-samaNya...Mintalah bantuanNya disaat kita kesusahan kerana Dia sentiasa berharap untuk membantu kita...Cuma tunggu kita minta sahaja

Saya berasa sangat bersyukur dengan rezeki yang diberi untuk saya. Walaupun bisnes saya tidak sehebat mana tetapi lebih baik daripada saya langsung tidak berbuat apa-apa(buang masa) sekurang-kurangnya saya dapat membantu meringankan beban suami dan keluarga. Itu sudah cukup untuk saya berpuashati. Saya doakan semoga Allah menemukan saya dengan mereka yang benar-benar memerlukan perkhidmatan saya dan mereka juga diberi kekuatan dan istiqomah untuk berjaya suatu hari nanti

Akhir sekali terima kasih kepada korang korang yang baca sampai habis entri saya kali ni. Maafkan saya jika saya ada menyakiti hati sesiapa dalam bicara saya kali ini. Segala yang saya coretkan adalah mengenai diri saya sendiri dan tiada kaitan dengan sesiapapun . Jumpa lagi dalam entri yang akan datang ya...Wassalam

LIPSCRUB ORGANIK HOMEMADE PERISA STRAWBERRY TERBARU BY ZM BEAUTY

Assalammualaikum gojes...
Saya sebenarnya macam nekad dalam hati nak berusaha untuk tulis entri di HOMEMADE BEAUTY MALAYSIA ni setiap hari...Konon-konon berazam la kan...tapi semalam macam terskip sehari...sedih betul...Bukan apa...semalam puas saya mencari-cari masa yang sesuai untuk saya terpacak depan laptop ni untuk berbicara tapi takde ruang untuk saya menyelitkan ponggong lebar saya atas kerusi ni...sebab semalam saya ada 3 misi " organik lover" yang perlu diselesaikan...hehehe

Jap jap...ni saya nak cerita sikit pasal salah satu misi saya semalam. Dengar sini orang kampungggg!!!! hahaha...saya nak bagitahu ni pasal LIPSCRUB ORGANIK HOMEMADE PERISA STRAWBERRY TERBARU BY ZM BEAUTY  ...haaaa...dengar tak? Semalam misi saya yang ke 3 adalah proses lipscrub berperisa strawberry...Nah saya belanja gambar...

LIPSCRUB ORGANIK HOMEMADE PERISA STRAWBERRY TERBARU BY ZM BEAUTY
~sticker tak sampai lagi...so togel je saya amik gambar...nanti sticker dah sampai saya ambil gambar dan update lagi~

Haaa...amekaw...merahnya makngah...terlanjur saya dah cerita pasal LIPSCRUB ORGANIK HOMEMADE PERISA STRAWBERRY TERBARU BY ZM BEAUTY  ni saya nak bagitahu korang...Lipscrub saya yang sebelum ni dah habis ya...saya dah tak buat yang macam tu lagi sebab saya dah buat formula baru dan ada penambahan kuantiti gram dalam satu bekas tu.

Mana yang tak tahu mana satu lipscrub saya yang sebelum ni boleh rujuk DISINI . Kalau korang perhatikan betul-betul memang jelas sangat perbezaan yang korang boleh nampak dari segi warna...New formula ni saya tambah lagi warna untuk kelihatan lebih menarik dan mempunyai perisa strawberry...yang lipscrub sebelum ni ada perisa papermint sahaja. Kalau korang guna scrub ni confirm korang rasa macam nak makan je sebab tergoda dengan bau strawberry yang mengasyikkan tu...huhuhu

Korang nak dengar cerita tak??? Haritu adalah sorang customer ni tanya saya "kak,awat hang punya lipscrub ni manis?" Hehehe...tetiba rasa nak terberdarah hidung pasai dengar soalan cepu emas ala-ala manja gitu dari customer...Tapi takpe...saya suka sebenarnya nak jawab soalan kalau customer tanya sebab kalau ada kesilapan kita boleh perbaiki

BAHAN-BAHAN YANG TERKANDUNG DALAM LIPSCRUB ORGANIK HOMEMADE :
~ Madu
~ Gula bertapis
~ Olive oil
~ Vitamin E
~ Pepermint
~ Lavender
~ Perisa Strawberry

Meh dengar jawapan saya. Saya pun bagitahu dia pasai apa lipscrub saya tu manis...Cer korang tengok bahan-bahan yang saya gunakan untuk buat Lipscrub Homemade ni,ada tak yang menggambarkan lipscrub tu akan berasa selain dari manis? hahaha... Tersantun pula saya jawab soalan cepu emas adik tu tadi...hehehe...kang buat lipscrub rasa pahit tak berdaya pulak nak menonyoh lipscrub tu...Sebelum ni saya dah war war kan dari awal...semua produk homemade yang saya buat semuanya guna 100% bahan semulajadi...Don't worry guna lipscrub ni sebab kalau tak sengaja tertelan tidak akan memberi apa-apa kemudaratan pada kesihatan korang

LIPSCRUB ORGANIK HOMEMADE PERISA STRAWBERRY TERBARU BY ZM BEAUTY
~ ni saya amik gambar sikit selepas settle packing lipscrub ni semalam...pukul satu pagi baru siap...huhuhu~

Kenapa korang kena pakai lipscrub ni? Tak kiralah korang nak pakai lipscrub mana-mana pun...ni saya cerita umum bukan spesifik kepada saya punya lipscrub ya hehehe... Kita kena pakai lipscrub ni sama je alasannya dengan kenapa kita kena pakai Scrub muka or scrub badan. Cuma kedudukan tempat nak tonyoh tu je yang lain kannn...Betul tak?

Lipscrub ni membantu kita untuk menghilangkan kulit mati yang ada kat bibir kita. Kita kan hari-hari pakai kan...Korang tahu kan gincu(lipstik..hehehe sedap plak sebut gincu) ni mempunyai bahan tertentu yang boleh menyebabkan bibir jadi menggelap..pastu bukan sebab tu je...kalau mereka yang selalu terdedah pada matahari juga mempunyai salah satu simptom bibir menjadi kering...maka sebab itulah kita perlukan lipscrub ni..,lipscrub ni dapat membantu mengeluarkan kulit kering yang ada kat bibir tu...

Lagi satu...ni tabiat yang selalu saya perhatikan ada yang jenis kulit bibir kering suka sangat tarik tarik kulit bibir tu...pastu berdarah bibir tu...adoiiii...Memang la rasa syok kalau bab bab mengopek ni tapi akibatnya makan dalam woooo...cer bila korang punya bibir tu dah luka sebab tangan gatal sangat nak tarik tarik...pastu singgah kedai makan untuk lunch, ada pula makanan pebret ikan pari masak asam pedas...perghhhh kecuq ayaq liuq baq hangggg...tapi sebabkan bibir pecah terpaksa lalu je kat tepi tray tu...hahahaha...kalau ye pun korang pasrah makan,tapi tetap tak dapat menikmati hidangan itu dengan selesa kannnnn?
LIPSCRUB ORGANIK HOMEMADE PERISA STRAWBERRY TERBARU BY ZM BEAUTY
~ ni contoh je taw...bibir kering yang patut guna lipscrub untuk repair balik kekeringan dan kerosakan bibir tu~

Eh...macam dah lari tajuk pula...tajuk LIPSCRUB ORGANIK HOMEMADE PERISA STRAWBERRY TERBARU BY ZM BEAUTY  tapi cerita ikan pari...hahaha...itu contoh...Selain dari yang saya sebut kat atas tu,lipscrub membantu menjadikan bibir kita lembut...halus,gebu,gebas...apa lagi...lipscrub ni membekalkan vitamin dan mineral pada bibir untuk membantu memulihkan sel sel kulit bibir yang rosak. Nanti nampak la bibir korang segar bugar...lembab dan bermaya karin...(gurau eh...bermaya je)

Cara-cara guna Lipscrub :
1) Ambil secubit lipscrub dan lumurkan pada permukaan bibir
2) Urut bibir secara pelahan lahan...jangan tonyoh kuat sangat
3) Diamkan scrub dibibir untuk seketika(lagi lama lagi bagus supaya vitamin dan mineral yang terdapat dalam bahan lipscrub tu meresap dalam kulit bibir korang)
4) Lap dengan tisu ( cuci pun boleh takde masalah)
5) Sapukan lipbalm ( kalau nak pakai lipstik terus selepas scrub bibir pun takde masalah)

Kesannya :
1) Bibir akan terasa lembut sangat
2) Bibir rasa lembab
3) Kulit kering yang ada kat bibir akan hilang
4) Bibir akan rasa lebih bersih dan ringan
5) Bibir nampak lebih cerah

Awas!!! Amaran!!! Penting!!!
Sila jangan scrub terlalu kerap...tau la syok bila guna lipscrub ni tapi jangan la sampai sehari menonyoh sampai 3 4 kali...seminggu 3 4 kali cukupla...kalau nak guna hari-hari pun takde masalah sebenarnya sebab bahan yang ada dalam scrub is bahan Alam semulajadi (hahaha...ni saya tak boleh tahan sebab ada sorang customer wasap tanya"kakak ni ke yang buat scrub alamsemulajadi tu?",macam tercuit hati saya dengan soalan adik ni...kikiki)tapi pastikan bibir korang memang memerlukan lipscrub...Kalau elok je bibir tu takyah la gatal-gatal nak tonyoh...hahaha...

So...rasanya sampai setakat ini yang saya dapat coretkan bagi menyebarkan maklumat kepada korang yang nak tahu...pada yang taknak tahu biarkan diorang ...hehehe...Saya akan update lagi pasal ada sorang kakak ni order scrub saya,,,happy sangat-sangat sebab dapat berbakti pada orang...bukan kakak ni sorang baru nak order...tapi sebab dia yang terbaru order so saya akan cerita la sikit pasal order dia kannnn...

Untuk pengetahuan korang yang baca sampai habis,setakat ni lebih kurang 20 orang yang telah ambil scrub saya untuk mereka jenamakan dengan brand mereka sendiri. Dan mereka masih lagi order dengan saya bila stok mereka habis. Saya sangat bersyukur kerana semakin hari semakin ramai yang sedar kewujudan dan misi saya...Alhamdulillah...Walaupun 20 orang bukan angka yang besar tetapi saya puashati dengan hasil usaha saya...

Pstttt...korang kalau nak try produk homemade saya jom la WA saya...Terima kasih eh baca sampai habis...Korang memang sporting...Wassalam



GIGIH BUAT SABUN HOMEMADE UNTUK MENCARI REZEKI HALAL

Assalammualaikum semua...
Harini cuaca suram je...masa saya menaip entri ni di luar hujan sedang lebat...sejuk...anak-anak baru lepas mandi macam biasa la dihidangkan sebotol susu panas...berderet hero-hero saya bertiga atas tilam menikmati susu Fernleaf Family dalam botol...hehehee...

Sementara diorang tengah diam baik sayapun menghayati bait-bait tulisan tentang episod kehidupan saya sebagai surirumah sepenuh masa yang GIGIH BUAT SABUN HOMEMADE UNTUK MENCARI REZEKI HALAL. Ini kisah saya...tiada kaitan dengan sesiapa selain saya dan jika ada persamaan cerita saya dengan kisah hidup korang ini adalah secara kebetulan ya...bukan saya tiru-tiru kisah orang untuk cerita kisah saya...

Inilah kisah saya belajar buat sabun semata-mata nak cari duit lebih untuk kami sekeluarga. Macam-macam kerja dah saya buat...tetapi akhirnya saya dapat satu benda yang masuk kedalam jiwa saya...yang saya suka nak buat...yang saya minat nak buat.

Baru-baru ni saya ada buat 6 jenis sabun yang berlainan...haritu saya ada dah update salah satu darinya...meh baca sini  . Dan harini sambil cerita bab gigih ni saya tempelkan sikit pasal sabun yang kedua ni pula...Gambar sabun kat bawah ni adalah sabun Green tea. Korang mesti terkejut tengok sabun ni kan??? hehehe....

GIGIH BUAT SABUN HOMEMADE UNTUK MENCARI REZEKI HALAL
Rileksss la...jangan la terkejut...Yela...biasanya sabun green tea warna hijau...tapi awat sabun green tea kali ni berwarna hitammm??? Huhuhu...Sebenarnya sabun green tea ni bukan warna hitam taw...tapi warna hijau pekat...Pasaipa warna sabun green tea homemade saya warna begitu meh saya cerita...

Kalau korang nak tahu saya pun terkejut dengan warna sabun ni bila saya buat. Tak sangka pula hasilnya begini. Pasaipa sabun green tea yang selau orang jual tu warnanya hijau menyala??(hijau terang) Krik krikkk...Sebab kalau guna serbuk green tea mereka akan dapat warna hijau pekat...Kalaupun mereka benar-benar guna serbuk green tea mereka hanya meletakkan jumlah yang sangat sedikit...

GIGIH BUAT SABUN HOMEMADE UNTUK MENCARI REZEKI HALAL
~ pssstttt...sabun saya berat 90 g ya...hehehe~

Ooooo...baru saya faham kenapa sabun green tea saya warna gelap...Sebab saya letak green tea lebih banyak supaya orang yang pakai dapat merasai sendiri kenikmatan menggunakan hasil semulajadi ciptaan Ilahi...Saya letak minyak zaitun dalam sabun saya supaya kita boleh pakai selalu...bila pakai sabun ni tidak akan mengeringkan kulit muka...cuba pakai sabun yang sebarangan...sebelum solat 5 waktu korang cuci muka pakai sabun tu...saya rasa kali ke 3 cuci mesti akan rasa pedih-pedih dah muka kita....Ni bukan saya rasa...tapi saya dah pun alami....saya tidak akan berani cakap kalau saya tidak melalui situasi itu....

Lepas siap semua sabun-sabun saya ni saya dah pening kepala macamne ya nak bungkus sabun-sabun ni bila ada orang nak order. Fikir punya fikir last last saya dapat idea why not saya beli bekas untuk saya letak sabun tu...sebab biasa kita beli sabun dalam plastik tiada bekas...Bagus juga kalau saya sediakan bekas...Maksudnya saya beli bekas dan terus letak sabun tu dalam bekas dan pos kepada mereka yang beli. So...lebih memudahkan orang tu, tak perlu nak cari bekas lagi untuk letak sabun,walaupun saya tahu ini bukan satu teknik yang boleh menarik orang beli dan bukan sukar juga untuk mereka mencari bekas mereka sendiri dari dapur rumah mereka...tetapi saya sengaja suka nak letak dalam bekas...nampak kemas dan menarik...(pada pandangan mata saya la...hehehe...pujuk hati sendiri)

GIGIH BUAT SABUN HOMEMADE UNTUK MENCARI REZEKI HALAL

Setiap hari saya berfikir dan cari info bahan apa yang memberi manfaat jika dijadikan sabun muka. Sebab biasanya saya tengok setiap hari mesti ada produk baru yang keluar bermacam-macam bentuk...macam-macam fungsi..Kan....macam-macam gaya orang buat untuk cari rezeki ye tak...hahaha

Korang baca la sendiri kat gambar bawah ni tentang fungsi sabun green tea organik homemade saya ni ya...

GIGIH BUAT SABUN HOMEMADE UNTUK MENCARI REZEKI HALAL

Saya ni bukan pakar dalam bidang bisnes ...kalaupun saya boleh menghasilkan sabun yang berkualiti...yang hebat...belum tentu saya mampu nak bersaing dengan founder-founder produk yang hebat-hebat kat luar sana. Saya buat kerja ni pun sekadar nak mencari rezeki tambahan disamping minatnya saya pada bidang produk homemade ni

Sebelum ni saya pernah cerita pasal saya pernah terjahanamkan muka sendiri sebab obses sangat nak cantik. Tanpa fikir panjang...sebab terpengaruh dengan iklan dan testimoni saya terjebak menggunakan produk kecantikan yang hebat katanya di pasaran...yang berebut-rebut orang nak beli...Tapi akhirnya saya terpaksa terima akibatnya...cantiknya kojap yo...huhuhuhu...saba yola den..

Tapi...saya tak pernah menyalahkan produk tu pun...pasai bukan produk tu yang datang toing! toing! toing! kepada saya kan...tapi saya sendiri yang berusaha supaya produk tu sampai ke tangan saya...so maknanya bukanlah salah produk tu...Korang korang yang kat luar sana yang tersalah pakai produk tu janganlah dok meroyan salahkan orang tu...salahkan orang ni...firsttt...salahkan diri sendiri dulu pasai Allah dah letak akal kat otak kita sama rata...lu pikir la sendiri(pinjam ya nabil...huhuhu)

Bermula dari episod rakus saya tu saya berazam untuk tidak mencemarkan lagi muka saya dengan produk yang dibuat oleh kilang...Biarlah dia tulis KKM besar-besar pun saya dah tak nakkk... Saya mula belajar buat scrub dan sabun homemade untuk saya pakai sendiri...

Dan saya menggunakan minyak zaitun sebagai teraju utama produk saya sebab minyak zaitun ni saya baca merupakan satu-satu minyak yang mampu menembusi liang kulit dengan cepat dan mampu membersihkan kulit dengan sempurna. Bukan bersih sahaja...tetapi minyak zaitun akan memberikan kelembapan semulajadi pada kulit kita.

Sekarang saya sangat berbangga sebab saya hanya pakai sabun dan scrub saya sendiri untuk produk penjagaan harian saya. Selain sabun dan scrub ada juga produk lain yang saya buat untuk muka tapi lain kali saya akan share. Inilah kisah GIGIH BUAT SABUN HOMEMADE UNTUK MENCARI REZEKI HALAL...no..no...no...jangan cakap dalam hati...tak baik taw...saya bukan bangga sambil menjerit-jerit tepuk dada...tapi bangga dengan sopan santun sambil senyum dalam hati...(doa yang baik-baik ya...)

Pada mulanya saya buat untuk saya guna sendiri tetapi bila saya dah rasa best saya cuba buat lebih dan jual kat kawan-kawan group dropship...Haaaa...jangan terkejut...sambil -sambil jaga anak-anak saya buat produk organik homemade...dan sambil-sambil tu jugalah saya buat dropship produk kecantikan... Inilah saya,tak pernah jemu untuk mencari rezeki walaupun saya sedar terlalu banyak saingan dalam bidang ini. Haaa...sebab dah tercakap saya buat dropship jom la korang jenguk-jenguk KEDAI SAYA...hehee...mana taw tershopink plak kat sana kan...

Mana tak nya...sekarang kalau nak cerita jual barang dengan dropship memang tak boleh nak pergi la sebab ramai yang dah join dropship sekarang ni,sampaikan kita nak jual pun dah tak boleh sebab mereka pun boleh dapat harga dropship walaupun diorang bukan berniaga pun...beli untuk guna sendiri...Kesian kat mereka yang betul-betul buat dropship sebagai sumber pendapatan...Tapi yela...rezeki Allah yang bagi,yang penting usaha kita untuk mencarinya...Syukur saya diberi kesempatan untuk belajar buat sabun organik homemade ni...dapat juga saya bantu-bantu suami...

Oklah...saya rasa cukuplah setakat ini perkongsian saya sebagai seorang surirumah yang GIGIH BUAT SABUN HOMEMADE UNTUK MENCARI REZEKI HALAL. Bukan senang nak berjaya kerana kita kena gigih berusaha dan jangan mudah putus asa...tetapkan matlamat kita untuk apa kita berada dalam keadaan kita sekarang. Tepis semua ranjau,onak dan duri...Ini semua ujian yang Allah kirimkan buat kita untuk mendapat hadiah Besar dari-NYA...

Biarlah orang tak support kita...biarlah orang mengata yang penting kita berdoa...kita tidak perlukan support dari orang sebab support dari Allah melebihi dari segala-galanya...Allahu akhbar!!!!! 

Percayalah...kejayaan tidak akan datang bergolek dengan sendiri selagi kita tak usaha untuk dapatkannya. Tetapi jangan putus asa kalau kejayaan tidak kita kecapi walaupun kita sudah berusaha kerana itu adalah tandanya usaha kita masih belum mencukupi...Huhuhu...tetiba terharu dengan kata-kata sendiri...saya bagi nasihat bukan sebab saya sudah berjaya tetapi saya bagi nasihat dan peringatan buat diri sendiri dan kepada sesiapa yang sedang baca entri ini...Terharunyaaa...sob sob...iskk iskkkk...(boleh pinjam bahu tak??)

Semoga apa yang saya tulis ini menjadi inspirasi kepada orang lain dan jika ada yang berminat untuk mencuba sabun saya,saya sentiasa berdoa agar produk yang saya hasilkan akan memberi manfaat kepada mereka yang menggunakannya. In Sya Allah...Terima kasih kerana sudi baca entri saya sampai habis...Ingatttt...saya buat entri ini bukan untuk meraih simpati tetapi sebagai perkongsian kisah hidup saya sebagai pembuat sabun organik homemade...Wassalam


SCRUB MUKA HOMEMADE HILANGKAN PARUT JERAWAT DENGAN BERKESAN DAN SELAMAT

Assalammualaikum semua...
Pernah tak korang mengalami masalah kesan jerawat yang tinggal di wajah setiap kali bila jerawat singgah kat muka. Biasanya orang perempuan akan mengalami masalah jerawat setiap bulan apabila mereka datang bulan. Tiada siapa dalam dunia ni yang suka akan parut yang ditinggalkan oleh jerawat itu kerana ia akan mencacatkan penampilan mereka. SCRUB MUKA HILANGKAN PARUT JERAWAT DENGAN BERKESAN DAN SELAMAT ....Betul ke ?

SCRUB MUKA HOMEMADE HILANGKAN PARUT JERAWAT DENGAN BERKESAN DAN SELAMAT
~ saya pengguna tegar produk organik homemade yang saya buat sendiri

Harini saya nak cerita lagi sekali pasal cara-cara nak hilangkan parut jerawat kat korang. Sekarang ni terlalu banyak produk kecantikan untuk wajah yang mampu untuk menyelesaikan masalah menghilangkan kesan jerawat ni sebenarnya. Tetapi ramai juga yang lebih gemar menggunakan cara traditional supaya lebih selamat...kan???

So...Yang baca entri ni saya anggap adalah mereka yang suka menggunakan produk organik homemade sebab sah-sah la produk homemade ni selamat digunakan pasai ia dibuat menggunakan 100% bahan semulajadi yang ada kat dapur rumah kita. Takde pun guna bahan asing yang pelik-pelik namanya...huhuhu

Pengalaman saya menggunakan produk organik homemade ni sejak beberapa bulan yang lalu membuat saya begitu tertarik nak share dengan korang tentang keunikkan produk homemade ni. Bagi saya bila saya guna produk organik saya rasa sangat free(perasaan saya la...) 

SCRUB MUKA HOMEMADE HILANGKAN PARUT JERAWAT DENGAN BERKESAN DAN SELAMAT
~ Scrub green tea organik homemade

Saya tidak risau kalau saya nak cuci muka dengan kerap setiap kali sebelum solat menggunakan sabun organik homemade kerana sabun ni tidak akan menyebabkan kulit kering terkopek-kopek tu...Sabun homemade yang saya buat mempunyai kandungan minyak zaitun bagi memelihara kelembapan kulit muka kita

Ok...berbalik kepada cerita nak hilangkan parut jerawat guna scrub. Macam yang kita tahu scrub ni memang kerja dia menyental daki-daki dan lapisan kulit mati kat permukaan kulit kita. Dengan cara menggunakan scrub juga dapat membantu menghilangkan parut jerawat tu juga taw...pasai kalau kita asyik tepek krim...tepek foundation untuk tutup parut jerawat tu tak guna juga sebab cara ini akan memburukkan lagi keadaan. Disinilah fungsinya scrub untuk membantu mengikis parut jerawat tu daripada wajah kita.

SCRUB MUKA HOMEMADE HILANGKAN PARUT JERAWAT DENGAN BERKESAN DAN SELAMAT
~ Scrub kopi organik homemade

Cerita pasal scrub pula...Scrub paling bagus dipakai adalah scrub yang berasakan bahan semulajadi untuk menjaga tekstur kulit korang agar lebih sihat. Takut nanti kalau guna yang ada bahan kimia tonyoh punya tonyoh akan lebih menipiskan kulit. Korang tahu kan apa akibatnya kalau kulit menipis???

Kalau tak tahu meh saya cerita sikit apa akibatnya kalau kulit menipis. Tanda kulit muka kita menipis apabila menggunakan sesuatu produk yang mempunyai bahan kimia adalah kulit kita berubah menjadi kemerah-merahan. Apabila terkena cahaya matahari kulit kita lagi bertambah merah...Silap haribulan akan terbakar...Bila terbakar walaupun tak mengeluarkan api akan mengakibatkan kulit korang berjeragat. 

Selain daripada berjeragat kulit korang akan menjadi sensitif...gatai-gatai...ruam pasai nutrien pada kulit korang yang semulajadi dipinjamkan oleh Allah kepada korang tu dah dimamah oleh bahan kimia yang korang tempel kat kulit korang tu...nak cantik cepat kan?...huhuhuhu...Saya bukan nak takutkan sesiapa...dan saya juga tidak menunding jari kepada sesiapa...saya menulis atas pengalaman saya sendiri...

SCRUB MUKA HOMEMADE HILANGKAN PARUT JERAWAT DENGAN BERKESAN DAN SELAMAT
~ Scrub oat organik homemade

Bukan la saya bagitahu korang pakai produk organik kompom cantik bak bidadari syorga...tetapi orang yang menggunakan produk organik ni lebih kepada nak memelihara kesihatan kulit mereka untuk jangka masa yang lebih panjang. Sah-sah la barang yang kita guna untuk buat produk organik ni guna barang yang ada kat dapur rumah kita...maknanya ia selamat digunakan walaupun tertelan...huyyoooo...nikmatnya menggunakan produk organik

Kesimpulannya melalui pengalaman saya sendiri menggunakan 100% produk organik homemade untuk penjagaan harian,mingguan dan tahunan saya, saya sangat-sangat berpuas hati dan teruja kerana ia sangat membantu untuk saya mempunyai kulit yang sihat,lembab dan natural. Kalau muka saya dilanda jerawat saya hanya menggunakan keajaiban scrub untuk menghilangkannya huhuuhu...Tu belum cerita lagi kulit jadi lembut dan gebu macam kulit baby...phewwww

Tidak perlu guna produk yang mahal untuk cantik kerana kecantikan semulajadi lebih penting daripada kecantikan yang perlu dikawal(maksudnya guna skincare perlu ikut step dan kena pakai berterusan untuk kekalkan kecantikan) Maafkan saya jika saya ada tersinggung sesiapa dalam entri ini...Segala yang saya coretkan disini adalah 100% daripada kisah hidup saya...tiada kaitan dengan sesiapa sahaja di muka bumi Allah ini...Semoga kita jumpa lagi di lain entri...Terima kasih pada yang baca sampai habis...Wassalam...

PRODUK TIADA KKM TAPI 100% SELAMAT DIGUNAKAN - PRODUK ORGANIK HOMEMADE

ASSALAMMUALAIKUM SAYANG SAYANG SEMUA....
Selamat datang kepada mereka yang tersesat masuk kedalam blog saya ni...Blog saya ni adalah tempat saya update tentang cerita berkenaan produk kecantikan berasaskan bahan semulajadi ya...Bagitau pada yang tidak tahu...Takut ada yang kurang jelas dengan modus operandi blog ini hehehehe...

Harini saya nak bebel sikit pasal pertanyaan yang selalu orang timbulkan tentang produk organik homemade ni. Ramai sangat yang bertanya pada saya produk awak ada KKM tak? Produk awak ada HALAL tak?

Hurmmm...

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan manusia untuk mencari yang terbaik untuk digunakan. Saya tak salahkan mereka yang bertanya...malah saya suka dengan pertanyaan mereka...Kadang-kadang kepada mereka yang tidak bertanya pun saya akan bagitahu juga...

PRODUK TIADA KKM TAPI 100% SELAMAT DIGUNAKAN - PRODUK ORGANIK HOMEMADE...Haaaa ini dia yang saya bagitau. Produk yang saya jual adalah produk homemade. Produk homemade ni celah mana nak dapat KKM dik oiii...

Biasanya mereka yang jalankan perniagaan produk homemade adalah golongan yang tidak mempunyai modal yang banyak macam usahawan produk kecantiakan yang berjaya tu. So...mereka buat di rumah dalam skala yang kecil sekadar untuk menambah sedikit sumber pendapatan mereka

Mengikut pemerhatian yang saya buat kebanyakan yang menjual produk homemade ni datangnya daripada mereka yang benar-benar "organic lover" iaitu mereka adalah pengguna tegar produk organik ini. Daripada hasil dan keberkesanan produk yang mereka hasilkan itulah timbulnya idea mereka untuk berkongsi dengan orang ramai

Tetapi bukan semua orang yang berniaga produk organik homemade ni adalah pegguna tegar. Jangan terlalu fokus dengan kenyataan saya diatas...kerana mungkin 10% daripada mereka adalah golongan mereka yang menjadikan produk organik homemade ini sebagai produk untuk mereka jual bagi memenuhi keperluan kewangan mereka.

Kenapa saya berani cakap PRODUK TIADA KKM TAPI 100% SELAMAT DIGUNAKAN - PRODUK ORGANIK HOMEMADE ? Ini kerana produk organik homemade hanyalah menggunakan bahan-bahan semulajadi yang biasa kita gunakan di rumah seperti madu,kopi,oat dan sebagainya. Produk-produk semulajadi tidak akan memberi kesan sampingan kepada kita hatta jika tertelanpun masih selamat lagi. Cuba korang tengok produk yang korang pakai sekarang ni ada tak semut nak datang jenguk-jenguk? Takde kan??? Tapi kalau yang organik kenapa semut,lipas(kalau ada lipas la kat rumah korang hehehe) atau serangga-serangga lain suka nak lepak??? Sebabnya mereka pun tak sanggup nak singgah kat tempat yang ada bahan kimia uolllsssss...(renung-renungkan ya...)

Mungkin di Malaysia masih belum banyak pendedahan mengenai manfaat menggunakan produk-produk organik homemade ni kerana semua leka untuk cantik dengan cepat tetapi mereka lupa kecantikan yang cepat adalah kecantikan yang sementara. Mereka lupa untuk menilai apa kesan yang mereka akan dapat dimasa akan datang.

Kebanyakan wanita di luar negara adalah "organik lover" even mereka adalah golongan artis dan mempunyai wang yang banyak untuk membeli produk-produk yang mahal tetapi mereka lebih mengutamakan kualiti kesihatan kulit mereka daripada kecantikan yang boleh dilihat pada luaran. Malah mereka berbangga menggunakan produk organik homemade ini buktinya terdapat banyak video-video dari negara luar yang memaparkan kecintaan mereka kepada produk homemade

PRODUK TIADA KKM TAPI 100% SELAMAT DIGUNAKAN - PRODUK ORGANIK HOMEMADE

PRODUK TIADA KKM TAPI 100% SELAMAT DIGUNAKAN - PRODUK ORGANIK HOMEMADE

Ni salah satu contoh produk organik homemade yang saya hasilkan. Yang warna hijau tu scrub greentea dan yang warna putih peach tu scrub oat. Scrub ini dihasilkan sepenuhnya menggunakan bahan semulajadi. Langsung tiada letakkan apa-apa bahan tambahan untuk bagi scrub ni tahan lama ke...letak serbuk pemutih ke...atau apa-apa yang berkaitan dengan bahan kimia...It's 100% organic.

Setiap scrub mempunyai fungsi yang sama untuk membuang sel-sel kulit mati yang bertempek kat atas kulit kita,membuang daki,megurangkan kesan-kesan jeragat dan parut,melembutkan kulit,melembabkan kulit,menyalurkan vitamin dan nutrien kepada kulit dan sebagainya. Semua scrub dalam dunia ni mempunyai fungsi yang sama...tiada yang lain...

Tetapi!!!!!

Yang membezakan setiap scrub itu adalah bahan-bahan yang terkandung dalam scrub tersebut. Sebagai contoh Oat mempunyai kelebihan untuk mencerah dan melembabkan kulit manakala greentea pula mempunyai kelebihan kaya dengan antioksidan yang semua orang pun tahu dapat menegangkan kulit dan antipenuaan. Faham tak apa yang saya terangkan ni? huhuhu...macam serius sangat je dari tadi...

Ok...rasanya dah cukup panjang lebar dah ulasan saya mengenai tajuk PRODUK TIADA KKM TAPI 100% SELAMAT DIGUNAKAN - PRODUK ORGANIK HOMEMADE ni. Apa-apapun semua orang mempunyai wadah pemikiran yang berbeza. Terpulang kepada hati masing-masing untuk memilih apa yang sesuai dengan diri mereka. Sekali lagi saya nak tekankan disini bahawa janganlah memandang serong dan jijik kepada peniaga-peniaga atau pembuat PRODUK ORGANIK HOMEMADE kerana bagi saya produk organik homemade masih relevan untuk digunakan malah mempunyai permintaan yang tinggi sejak akhir-akhir ini walaupun terpaksa bersaing dengan produk-produk kecantikan yang lebih gah diluar sana. 

Hanya orang yang sayangkan diri mereka sahaja yang akan memilih PRODUK ORGANIK HOMEMADE sebagai produk penjagaan kecantikan harian mereka. Saya berharap agar suatu hari nanti lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang sedar bahawa PRODUK ORGANIK HOMEMADE adalah yang terbaik untuk mereka kerana PRODUK ORGANIK HOMEMADE sesuai untuk lelaki dan wanita...boleh digunakan oleh bayi hingga ke orang tua...Dan yang penting tidak akan merosakkan kulit for sure....Dan juga tidak akan memberi kesan sampingan untuk jangka masa hadapan dan seterusnya

Semoga apa yang saya coretkan disini dapat memberi manfaat kepada semua orang yang mencari maklumat mengenainya. Terima kasih kepada yang sudi membaca hingga habis. Saya akan terus dan terus memperjuangkan PRODUK ORGANIK HOMEMADE ini bagi menyokong semua "organik lover" di Malaysia . Love uolllssss... Wassalam

HILANGKAN PARUT JERAWAT DAN JERAGAT DENGAN SABUN KUNYIT + MADU ORGANIK

Assalammualaikum kawan-kawan semua...Lama betul saya tak update blog ni sebab busy sangat akhir-akhir ni siapkan order scrub dan sabun. Sabtu lepas ada seminar usahawan lagi...Terkejar-kejar juga la nak mengatur jadual kerja...

Alhamdulillah ada kesempatan untuk saya update blog harini. Last week saya ada buat 6 jenis sabun terbaharu dalam senarai produk homemade saya. Harini saya akan update satu daripada 6 sabun tu sebab saya nak tulis secara terperinci tentang sabun-sabun tu. Oleh sebab itu saya asingkan setiap sabun dalam satu slot entri

Tujuan saya buat sabun homemade ni adalah untuk mengisi masa terluang sambil manjana pendapatan. Maklumlah saya ni surirumah je...Sambil-sambil jaga anak bolehla saya buat sesuatu yang mendatangkan keuntungan kepada saya untuk bantu suami cukupkan apa yang kurang kan...

HILANGKAN PARUT JERAWAT DAN JERAGAT DENGAN SABUN KUNYIT + MADU ORGANIK

Beginilah keadaan ketika proses membuat sabun. Sabun homemade ni biasanya buat dalam kuantiti kecil tapi kena ulang banyak kali sebab kalau buat sekali banyak takut kurang kualiti sebab saya guna bahan yang original bukan guna extract yang dalam botol pastu titik-titik tu ya...

Contoh macam sabun kunyit + madu ni saya guna kunyit asli dan madu asli...Saya tidak menggunakan sebarang pewarna untuk bagi cantik atau sebarang bahan kimia nak bagi tahan lama. Sabun yang saya hasilkan adalah 100% tiada bahan kimia

Apa yang istimewanya sabun yang saya hasilkan dan perlu korang cuba adalah...secara jujurnya saya meletakkan niat bukan untuk berniaga semata-mata tetapi saya ingin mengajak korang-korang kat luar sana untuk mula menggunakan produk yang organik homemade. Sabun yang saya hasilkan mengandungi kandungan bahan semulajadi dalam nisbah yang banyak kerana saya ingin kita sama-sama merasai khasiat bahan itu di tahap maksimum

Produk organik ni ada 2 jenis ya...kena perhatikan betul-betul sebab kadang-kadang ada yang declare produk organik tapi hanya 30% sahaja bahan organik yang ada dalam produk...Maka sama jela korang guna produk yang ada chemical kan...Pastikan korang pakai produk yang diperakui 100% organik baru boleh katakan produk itu organik

Kenapa saya nak sangat orang pakai produk organik?
Saya bukan paksa korang untuk beli produk saya...pesanan ni khas untuk mereka yang berminat nak tahu je ya...Produk organik homemade ni kalau korang nak tahu selamat digunakan...Sepanjang saya menjual produk organik saya belum pernah sekali pun ada yang komplen kulit mereka jadi teruk sebab guna scrub atau sabun saya...Alhamdulillah semua bagi feedback yang baik dan ramai juga yang repeat order. 

Oleh sebab itulah saya masih lagi bertahan untuk meneruskan perjuangan membuat produk homemade ini. Produk organik homemade ni tidak akan memberi kesan yang buruk untuk jangkamasa panjang. Selain tu ia boleh digunakan oleh semua lapisan umur dari bayi hingga dewasa...Lelaki dan wanita...Dan yang paling penting orang yang kulit sensitif pun boleh guna...

HILANGKAN PARUT JERAWAT DAN JERAGAT DENGAN SABUN KUNYIT + MADU ORGANIK

Salah satu sebab utama saya ajak korang sama-sama sokong produk homemade ni sebab banyak produk kat luar sana yang saya tengok ragu-ragu kandungannya. Saya takde niat nak menjatuhkan sesiapa ya...tetapi korang sendiri boleh fikir...

Terlalu banyak produk dipasaran yang keluar setiap hari bagai cendawan tumbuh selepas hujan( teringat ayat esei masa SPM dulu hahaha)...ada yang mahal ada yang murah...tapi kita langsung tak tahu mana datangnya produk tu...mana kilangnya...yang kita tahu produk tu viral dengan testimoni wajah-wajah cantik glowing tetapi kitapun tak dapat nak pastikan kesahihan testimoni tersebut.

Berebut rebut orang nak beli sebab berebut rebut nak cantik kan..Tetiba bila dah hot produk tu muncul kat kaca TV berita utama produk tu ada kandungan mercury...ada hydroquinone...pe korang rasa kalau produk yang korang guna tu yang terpampang kat berita utama mengatakan khabar sedih tu? 

Lebih menyedihkan kalau tetiba selepas 3 bulan cantik bulan ke-4 wajah bertukar menjadi seakan-akan zombi kampung pisang...Nauzubillah...Maaf ya sahabat...Lillahi Taala bukan niat saya nak naik dengan memburukkan nama orang tapi korang punya akal fikiran untuk berfikir maka gunakanlah sebaik-baiknya

Ok lah kita berbalik pada tajuk HILANGKAN PARUT JERAWAT DAN JERAGAT DENGAN SABUN KUNYIT + MADU ORGANIK ni ya...Betul ke sabun ni boleh tolong settlekan masalah parut jerawat & jeragat korang??? Jawapan saya adalah bergantung pada tahap keterukkan masalah korang...

Kalau tahap yang kritikal janganla korang harap pakai 2 3 hari dah terus hilang. Sebab sabun ini adalah dari bahan semulajadi yang saya dah kaji kegunaan dan kemampuannya untuk membantu korang dalam masalah yang korang hadapi ( korang boleh rujuk gambar saya ada tulis kelebihan sabun kunyit + madu tu ) Kita hanya mampu merancang...yang menentukan adalah Allah

Setiap produk yang saya hasilkan pasti saya akan cuba pada diri saya sendiri. Tetapi korang kena tahu setiap orang tidak sama hormonnya...Maka jika ia sesuai dengan saya ada kemungkinan ia tidak sesuai dengan korang. Tetapi saya sentiasa berdoa supaya produk yang saya hasilkan dipelihara kualitinya dan memberi manfaat kepada mereka yang menggunakannya. 

In Sya Allah...satu kelebihan yang Allah berikan kepada saya kerana saya tergolong dalam kulit sensitif...maka saya boleh mencuba sendiri produk yang saya hasilkan untuk jadi kayu pengukur keberkesanan produk saya sendiri. Semoga apa yang saya usahakan dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan In Sya Allah

Kepada sesiapa yang ingin berurusan dengan saya boleh direct whatsapp saya ya...Terima kasih kerana terus menyokong saya.Maafkan saya jika apa yang saya tulis menyinggung mana-mana pihak...Jumpa lagi di next entri cerita pasal sabun yang lain ya... Alhamdulillah...Wassalam



LIPSCRUB ORGANIK HOMEMADE

Seperti yang dijanjikan....jeng jeng jeng...

Assalammualaikum korang...harini ok tak semua? Dua tiga harini cuaca macam muram je kan...ada tempat yang hujan...ada tempat yang naik air sikit...saya tengok kat pesbuk haritu ada sorang hamba Allah ni rumahnya naik air tak sempat angkat karpet...

Sian die,jenuh nak cuci lumpur masuk dari depan sampai ke dapur...tiada tempat yang terselamat dalam rumahnya,tapi air tak tinggi mana pun tapi still patah pinggang juga la nak bersihkan huhuhuhu

Entri saya yang sebelum ni saya ada cakap nak cerita pasal LIPSCRUB ORGANIK HOMEMADE kan....So,today saya cerita la sikit untuk tatapan bersama sebab nanti dah lama-lama takde mood pula nak cerita.

LIPSCRUB ORGANIK HOMEMADE

Nak cerita pasal scrub ni korang paham-paham la taw saya ni memang kalau buat scrub sekali banyak sebab saya memang buat scrub untuk customer-customer yang berniaga. So ...bila saya habis buat projek saya akan amik gambar ni untuk rujukan customer seterusnya hahahaha...

LIPSCRUB ORGANIK HOMEMADE

Satu batch biasanya saya akan buat 5kg scrub. Sebab tu la sekarang saya letak minimum order 5kg untuk satu order. Yang biasa beli dengan saya akan faham...kalau yang tak faham boleh tanya...mana taw korang nak niaga scrub organik pula lepas ni huhuhuhu...

Sebenarnya mesin mixer yang besar ni saya baru beli sebab memandangkan order scrub semakin hari semakin banyak saya tak berdaya dah nak guna tangan. Pernah sekali, saya dapat order 50 kg... nak urgent pula tu...3 hari 3 malam sakit pinggang. Tapi saya redha dan bersyukur sebab scrub saya dah diterima pakai . Rezeki Allah yang tentukan...Aminnnn

LIPSCRUB ORGANIK HOMEMADE

Lepas dah siap mix semua bahan saya dengan tabah hati memulakan operasi packing...Cantikkan warna LIPSCRUB ORGANIK HOMEMADE ni? (hehehe syok sendiri). Fungsi LIPSCRUB ORGANIK HOMEMADE ni untuk mereka yang mengalami masalah bibir kering,pecah-pecah...bibir hitam. So,dengan LIPSCRUB ORGANIK HOMEMADE ni dapat membantu korang settlekan masalah yang saya sebut tadi.Haaa....lagi satu lupa nak bagi tau LIPSCRUB ORGANIK HOMEMADE boleh membuang sel kulit mati kat bibir akibat penggunaan lipstik yang terlalu kerap

Sebenarnya saya sengaja buat projek ni sebab tak lama lagi kan bulan puasa,biasanya bulan puasa ni memang orang yang berpuasa akan mengalami masalah bibir kering...kadang-kadang tu sampai terkopek-kopek berdarah...hurmmmm...saya pun macamtu,sebab tu saya try cara ni untuk saya guna sambil-sambil boleh jual kan...hehehe

LIPSCRUB ORGANIK HOMEMADE

Haaaa....ni dia hasil tangan saya... LIPSCRUB ORGANIK HOMEMADE... Eh lupa nak bagitau korang bahan-bahannya. Saya buat LIPSCRUB ORGANIK HOMEMADE ni guna gula,madu,olive oil,vit E,papermint...so korang tak perlu risau kalau masa korang tengah menenyeh termasuk dalam mulut it's ok...tapi janganla korang telan kalau masa korang pakai tu korang tengah puasa hikhikhik...

Sebenarnya saya tercicir satu gambar...cara nak guna takde gambar pula huhuhuhu...belum sempat lagi saya nak amik video cara nak pakai lipscrub ni...tapi senang je sebenarnya nak pakai...just tenyeh-tenyeh je kat bibir munggil korang tu...

CARA-CARA GUNA LIPSCRUB :
1) Basahkan bibir korang dulu
2) Ambil lipscrub sedikit(kuantiti yang mencukupi untuk bibir korang)
3) Sapu dipermukaan bibir
4) Gosok membulat dengan lembut
5) Biarkan seketika(lagi lama lagi bagus)
6) lap dengan tisu @ tuala lembab

Bila korang guna scrub ni ada bau macam fresh-fresh sikit ya sebab ada papermint tu...jangan panik pula...lepas korang scrub bibir korang bolehla terus apply lipbalm untuk bagi bibir korang lembab. Bahan-bahan yang terkandung dalam lipscrub dapat menyelesaikan masalah bibir keing korang....hip hip horeyyyyy...

So kepada korang yang berminat nak dapatkan LIPSCRUB ORGANIK HOMEMADE 100% original by me bolehlah roger-roger saya...macam gambar kat atas tu saya akan bagi free gift Lipbalm Homemade pada sesiapa yang beli LIPSCRUB ORGANIK HOMEMADE...so apalagi meh la wasap saya untuk jaga kemungilan bibir korang hikhikhik...

Terima kasih taw korang sudi baca sampai habis...Kalau tak saya ni syok sendiri tulis tapi takde orang baco...huwaaaaa... Ok take care eh korang...

WASSALAM